Tuesday, 2 August 2011

Takwa

Takwa merupakan satu nilai akhir dan hasil alami dari perasaan keimanan secara mendalam yang berhubungan dengan ingat kepada Allah swt , takut kepada murka dan siksa-Nya.

Para sahabat dan salafus-saleh sangat mengambil berat tentang takwa. Mereka sentiasa berusaha dan bertanya untuk mendapatkannya. Diriwayatkan daripada Umar Bin al-Khattab ra, bertanya kepada Ubai Bin Kaab tentang taqwa. Ubai bertanya, "Tidak pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?"  dan  Umar menjawab, " tentu pernah". Ubai bertanya lagi, "Apa yang engkau lakukan?". Umar menjawab: "Aku sengsengkan lengan baju dan aku berusaha keras". Ubai berkata, "Itulah takwa".

Itulah takwa... satu perasaan di  dalam hati nurani, sentiasa merasa takut dan waspada terhadap duri-duri (rintangan) dijalanan, sentiasa waspada daripada perasaan tamak dan sombong, sentiasa takut dan waspada daripada segala perkara yang tidak bermanfaat dan apatah lagi yang boleh mendatangkan dosa. Takwa juga dapat menguasai hati sesorang mukmin dengan ketakutan kepada Allah dan selalu mengingatNya disamping merupakan sumber utama melahirkan insan berakhlak bahkan satu-satunya jalan untuk menghindarkan pelbagai  kerosakan, kejahatan, dosa, maksiat dan duri.

Didalam Ihya' Ulumuddin Imam al-Ghazali ada merakamkan beberapa contoh tentang  pengaruh takwa terhadap tingkah laku individu dan pergaulannya. Antaranya ialah Abdullah Bin Dinar berkata: "Aku keluar bersama Umar Bin Al-Khattab ra menuju Mekah. Di tengah perjalanan seorang pengembala turun dari gunung mendekati kami. Umar berkata kepada pengembala itu: " Hai pengembala, juallah seekor kambing daripada kambing-kambing itu kepadaku " . Ia berkata :" Sesungguhnya aku adalah seorang hamba " Untu menguji pengembala itu Umar berkata kepadanya: "Katakan kepada tuanmu kambing itu di makan serigala". Sang Pengembala berkata: "Dimana Allah". Maka menangislah Umar ra. Kemudaia ia pergi bersama hamba itu dan membelinya dari tuannya lalu Umar memerdekakannya, seraya berkata :"Kalimat ini telah memerdekakanmu di dunia ini dan aku berharap semoga Dia memerdekakanmu di akhirat kelak"...... Wallahu A'lam.

Monday, 1 August 2011

Pendidikan Anak (Pendidikan Iman)

1- Ajarkan anak dengan kalimah "لا اله الا الله"
    Al-Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. dari Nabi saw bahawa beliau bersabda:
    "افتحوا على صبيانكم اوّل كلمة لا اله الاّ الله"
    Maksudnya : Bacakan kepada anak-anak kamu kalimah pertama dengan La Ilaha illallah.

2- Mengenalkan hukum-hukum halal dan haram kepada anak.
    Ibnu Jarir dan Ibnu Mundzir meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. bahawa ia berkata:
    اعلموا بطاعة الله واتّقوا معاصي الله ومروا أولادكم بامتثال الأوامر واجتناب النواهي, فذلك وقاية لهم ولكم من النار 
    Maksudnya: Taatlah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah serta serulah   
    anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan dan menjauhi larangan-larangan, kerana hal 
    ini akan memelihara mereka ndan kamu daripada api neraka. 

3- Menyuruh anak-anak untuk beribadah pada usia tujuh tahun.
    Al-Hakim dan Abu Daud meriwayatkan dari Ibnu Amr bin Al-Ashari dari Rasulullah saw. bahawa 
    beliau bersabda:
 مروا أولادكم بالصّلاة وهم أبناء سبع سنين, واضربواهم عليها وهم أبناء عِشر, وفرّقوا بينهم في المضاجع "
    Maksudnya: Suruhlah anak-anak mu menjalankan ibadah solat jika mereka sudah berusia tujuh 
   tahun. Dan jika mereka sudah berusia sepuluh tahun, maka pukullah mereka jikamtidak mahu 
   melaksanakan solat dan pisahkan tempat tidur mereka.

4- Mendidik anak untuk mencintai Rasul, Ahli keluarganya dan membaca al-Quran:
    Ath-Thabrani meriwayatkan dari Ali ra. bahawa Nabi saw, bersabda:
أدّبوا أولادكم على ثلاثة خصال: حب نبيّكم, وحّب آل بيته وتلاوة القرآن , فانّ حملة القرآن فى ظلّ عرِش الله يوم لا ظلّ الاّ ظله مع انبيائه وأصفيائه
   Maksudnya: Didiklah anak lah anak-anak kamu tiga perkara: Mencintai Nabi kamu,
    Mencintai keluarganya dan membaca al-Quran, sebab orang yang memelihara al-Quran    
    itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari tidak ada perlindungan selain daripada 
    perlindunganNya beserta para nabiNya dan orang-orang suci.